PEMBANGKANG
TAJUK:GURU TIDAK MEMAINKAN PERANAN PENTING DALAM MENENTUKAN MASA DEPAN
SESEORANG
Yang Berusaha Tuan Guru Besar, para
hakim yang bijaksana ,guru-guru ,barisan pecadang
yang saya hormati, dan rakan sekalian.
Bendirinya saya di sini adalah untuk membangkang tajuk perbahasan pada hari ini
iaitu "Guru Memainkan Peranan Penting Dalam Menentukan Masa Depan
Seseorang".
Ibu bapa ialah orang yang bertanggung jawab terhadap kelahiran seseorang insan. Sebelum kanak-kanak itu menjejaki alam persekolahan ,keluarga adalah idola mereka . Jika baik yang mereka lihat dan dengar maka baiklah yang mereka ikut.
Murid-murid berada di sekolah selama kira-kira lima jam. Dengan peranan dan masa yang terhad , guru-guru tidak mampu untuk membentuk disiplin murid dengan lebih sempurna . Malahan, guru-guru juga terpaksa melakukan tugasan lain di samping berhadapan dengan pelbagai kerenah anak didik mereka.
Setelah tamat waktu persekolahan , berakhirlah peranan guru . Guru-guru sudah tentu tidak dapat memberi perhatian kepada anak-anak didik mereka. Ketika inilah, ibu bapa memainkan peranan penting mengasuh anak-anak mereka.
Ibu bapa perlu memberi perhatian dan mengawasi anak-anak mereka supaya tidak melakukan perkara - perkara yang tidak baik seperti merokok ,melepak,merayau dan berpeleseran. Jika ibu-bapa gagal memainkan peranan tersebut dengan baik dan sewajarnya , masalah disiplin akan menjadi lebih teruk dan sukar dibendung.
Berdasarkan hujah-hujah diatas, jelaslah bahawa guru tidak memainkan peranan penting dalam menentukan masa depan seseorang.Ibu-bapalah yang dapat menentukan agar nasi tidak menjadi bubur. Fikirlah dan laksanakanlah peranan masing-masing dengan penuh rasa tanggungjawab.Sekian, terima kasih .
No comments:
Post a Comment