Tuesday 1 October 2013

unit piawai dan unit pengukuran

MASALAH-MASALAH YANG AKAN TIMBULSEKIRANYA UNIT PIAWAI TIDAK DIGUNAKAN
·         Menimbulkan kekeliruan semasa pertukaran maklumat.Contohnya: semasa membeli barang di kedai runcit sesetengah negara menggunakan kati dan tahil, manakala sesetengah yang lain pula menggunakan paun dan auns
·         Menyukarkan perdagangan antarabangsa atau urusan jual beli.Contohnya, ketika hendak membeli kain di negara luar, peniaga menggunakan unit meter untuk mengukur manakala pembeli menggunakan unit ela.
·         Menimbulkan rasa tidak puas hati di antara pembeli dan penjual.Contohnya, ketika hendak menjual surat khabar lama, sekiranya jengkal digunakan,jengkal bagi setiap individu adalah berbeza. Oleh itu, ia akan menguntungkan satu pihak sahaja.
·         Menyukarkan komunikasi antara rakan sebaya. Contohnya, ketika menganggarkan jarak antara sekolah ke rumah, ada pelajar yang menggunakan unit batu, kilometer atau masa perjalanan
·         Menghasilkan sukatan yang tidak tepat ketika penyukatan dibuat.Contohnya, ketika membuat kek, sesetengah orang menggunakan auns bagi menyukat bahan.
UNIT PIAWAI KEPENTINGAN (STANDARD UNITS)

·         Penggunaan unit piawai (standard units) dalam pengukuran bolehmemudahkan komunikasi antarabangsa dan kehidupan seharian kita.Masalah mungkin timbul jika unit piawai tidak digunakan. Sebagai contoh, harga sesuatu barang itu ditentukan berdasarkan berat atau isipadu barangan tersebut. Jika unit berat atau isipadu yang berbeza digunakan, ia akan menyebabkan kerumitan dalam meletakkan harga barang tersebut.Satu kilogram unit piawai bagi jisim adalah kuantiti jirim dalam silinder aloi platinum-iridium.Oleh itu, apabila kita mengatakan sesuatu objek itu mempunyai jisim5kg, sebenarnya ia merujuk kepada jumlah jirim objek tersebut dalam bentuk silinder piawai (standard cylinder).Sebelum Sistem Antarabangsa (International System, SI) diperkenalkan, sistem unit piawai yang digunakan adalah ‘foot-pound-second (FPS)’Dalam sistem unit ini, foot (kaki), pound (paun) dan second (saat)digunakan sebagai unit piawai untuk mengukur panjang, jisim dan masa.

3 comments: